Saya muncul lagi dengan penulisan selang beberapa jam dari post sebelum ni. Kenapa? Mestilah bersebab kan kalau saya mula menulis. Biasalah bila terasa nak menulis, saya akan terus menulis. Kalau tak, mungkin macam bersawang kot blog ni. Apa pun thanks kepada yang sudi membaca. Well, saya rasakan sekarang ni macam dah kurang orang baca blog.. I mean, they prefer to watch vlogs rather than to read blogs by their own. Humm iya ke?? *wonder*
Ok, just to share something here, oh esok ada appointment with my supervisor. Untuk projek research saya! And guess what. Saya rasa saya tak sedia. Why? Sebab tak siap! Uwaaaa....
Ok. Tanak tension sampai jadi sakit. (sebenarnya dah tegang urat kat tengkuk ni). Kepala pun dan pening-pening. Bila gelabah mula la rasa macam susah nak bernafas, mual dan etc! So, pasrah jelah. Bawa mana yang ada. Humm tapi haruslah rasa bersalah yang amat sangat. Lari dari schedule yang sepatutnya saya ikut. Habislah kau Muza!
Sebenarnya bukan nak cerita pasal tu sangat pun. Just to talk about something else. It's all about an art.. Umm saya sendiri pun tak pasti bila saya ni ada jiwa 'seni'. Ya, penulisan juga salah satu dari cabang seni. Tapi seni saya bukanlah seni penulisan yang hebat macam orang lain. Sekadar seni biasa sahaja. Sekadar mencoret sesuatu berdasarkan imiginasi yang diadun bersama fakta yang dicari.
Itu tentang seni penulisan... Seni lain, macam mana pulak?? Seni fotografi, seni visual, seni pementasan, seni lakonan, seni ukiran, seni bina, seni tenunan, seni ukiran dan macam-macam lagi.. Saya memang tertarik dengan cabang-cabang seni yang ada. Teringin mahu menceburinya secara serius. Dan hasrat itu terus subur memekar dan tak pernah mati. In Shaa Allah, masanya akan tiba nanti, saat saya betul-betul menceburinya suatu hari nanti.. Ameennnn..
Yang membuatkan saya menulis berkenaan seni ni, sebab beberapa jam yang sudah, saya membuka account Fb dan dalam news feed, seorang sahabat saya upload gambar semasa dia ke useum kelantan. Bersempena adanya pameran Tanah Haram... MasyaAllah! Terpegun saya. Sudahlah harga tiketnya murah, serendah RM2 pengunjung sudah boleh melihat pameran tersebut! MasyaAllah! Sangat berbaloi untuk pergi. Seriously, saya cemburu dengan kesempatan sahabat saya itu.
Lihat saja gambar Kaabah yang sahabat saya tu upload, terus teringat suatu ketika dulu saya pernah mimpi bersolat di hadapan Kaabah. SubhanAllah.. :') Tak tergambar betapa gembiranya. Seolah saya memang berada di sana, ketika itu! Dan saya mahu ulang semula semuanya. Dan lagi mahu memijakkan kaki ke Tanah Haram. Semoga Allah beri kesempatan dan rezeki kepada saya dan kita semua untuk ke sana. Ameenn..
Dan selepas berbalas beberapa komen dengan sahabat saya tu, saya mula Google. Oh, banyak lagi tempat yang teringin sangat saya mahu lawati. Tak perlu jauh beribu batu. Itu, Muzium Kesenian Islam pun saya belum pernah pergi lagi. Ohh, kalau ada kesempatan saya nak pergi! In Shaa Allah..
Sebenarnya kalau diikutkan hati nak saja pergi walaupun bersendirian. Tapi terasa tak berapa manis. Sebab saya perempuan. Sewajarnya nak kemana-mana harus ditemani Mahram atau mereka yang dipercayai (kawan perempuanlah kan) atas faktor keselamatan dan untuk mengelak fitnah. Jadi, kena tunggu sesiapa yang sempat untuk menemani saya. Rasanya dah ada kawan yang boleh diajak ni. Dah terbayang muka dia di kepala saya ni... :) Cik Wawa!
Bukan itu saja, sebenarnya saya sangat suka berjalan kat KL tu and pergi tempat-tempat menarik just by walking. Macam ke Pasar seni, ke kawasan tasik Titiwangsa dan ke KL Tower.. Sebabnya nak merasa ala-ala tourist! Macam yang pernah saya buat masa kat Cameron.. Dari hotel(apa nama hotel tu ek, tak ingatlah) berjalan ke pasar malam. Dan siangnya berjalan lagi ke pasar pagi (dengan my family members). Lepas tu berjalan lagi seorang diri ke kedai berhampiran cari groceries.. Best sangat! Terasa calm dengan cuaca yang sejuk dan sangat damai! Kepala pun tenang aja. Dan itu yang saya suka. :)
Okay, itu berkaitan seni fotografi, seni bina dan seni yang lain. Dan itu belum lagi saya terpaku melihat orang tenun songket dan buat ukiran kayu. Serious! They are amazing! Ya, dan semua itu adalah kurniaan Allah SWT. Maha Suci Tuhan sekelian Alam yang menciptakan setiap apa yang ada di langit dan di bumi!
I love arts, love spending my 'alone' time and love to walk and walk. Wah.. currently, diri ini sudah berangan untuk berjalan-jalan di Europe.. Wow! Dah terbayang kota London, Effiel Tower, Venice and Hyde Park kat London. Hehe.. Saya suka dengan senibina yang unik dan apa sahaja yang saya boleh nampak. Kerana setiap apa sahaja di muka bumi ini, itu datangnya dari DIA, dari Dzat yang Maha Hebat. Kerana setiap kejadian itu adalah atas kehendak dan Izin dari Yang Maha Esa.
Oh dan lagi, rasanya kena juga buat tour ke Melaka macam yang saya dan cik Wawa pernah plan dulu, backpackers! Humm nampaknya In Shaa Allah boleh dipertimbangkan December ni. :)
Rasanya dah panjang sangat my write up for today. Dan seperti biasa maaf anda ada salah dan silap. Ambillah yang baik saja dari penulisan dari seorang hamba yang serba kekurangan ini. Dan ambillah mana yang baik, kerana cetusan idea yang baik itu datangnya dari Allah SWT. Semoga Allah meredhai. Ameennn.. Dan yang buruk serta kurang itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Terima kasih buat pembaca yang sudi membaca bebelan, dan dan apa sahaja yang saya merepek di sini.
Good night all,
Till then..
Loves...
No comments:
Post a Comment