Sunday 14 July 2013

Binnabil Huda yang memikat.

Salam and hi all.

Alhamdulillah, sekali lagi kta bertemu kembali. Alhamdulillah kita masih lagi bernyawa untuk terus mencari redha Allah serta menjadi hambaNya yang taat, Alhamdulillah.

Hari ni saya rasa terpanggil untuk bercerita tentang drama di TV. Honestly, saya bukanlah kaki tengok drama-drama Melayu di TV. Jujur, saya akui saya sangat selective in order to chose which Drama yang akan saya tonton. Pastinya saya mahukan sesuatu yang beneficial. Yang mampu memberi ilmu kepada saya. Dan bukan sekadar hiburan semata. Or else, it must came out with a very good moral value. That's why some of my sibs said that i am so fussy and too particular on certain things. Some more they said that i am actually so strict! Nak tengok drama pun sangat cerewet.

Of course. Saya rasa kita sendiri memang mahukan hiburan yang bukan sekadar hiburan semata. Then, i selalu sangat suka tengok or baca blog-blog yang boleh berikan saya ilmu disamping menghidangkannya dalam bentuk ala-ala hiburan. Siapa kata hiburan itu tak boleh? Yang penting, selagi ianya tidak melalaikan, maka ia masih dibenarkan.

Kebiasaanya, saya gemar menonton drama-drama yang berunsurkan Islamic. Why? Sebab, saya kalau boleh nak diri saya ni selalu ingat yang hiburan yang melalaikan itu sekadar menggelapkan hati nurani. Jadi, sebab itu saya sangat selective dengan apa yang ingin saya baca dan tonton. Kalau dulu, saya tak endahkan isu sebegini. Tapi sejak penghijrahan saya, saya mula menitik beratkan setiap apa sahaja yang saya lakukan dan ingin lakukan.

Yang pasti, saya sangar gemarkan drama-drama ynag selalu dimainkan di Tv Al-Hijrah. Tenang. Santai. dan yang pasti sarat dengan pengajaran. Paling seronok no-touching-between-non-mahram! That is the most important. Suatu budaya sihat yang memenuhi tuntutan syara' yang cuba dihidupkan. Alhamdulillah. Malah, setiap drama yang ditayangkan di TV Al-Hijrah, pastinya menuntut setiap pelakonnya menutup aurat dengan sempurna! Ini memang seronok. Means, tadelah mata ni sakit memandang yang bukan-bukan dan yang tidak-tidak! Jadi secara tak langsung ia dapat mendidik kita untuk menonton yang baik-baik sahaja. Kuranglah dosa untuk melihat aurat yang tak sepatutnya kita lihat.

Ok, next suka di sini saya nak kongsikan. Pernah dengar Nasyeed Binnabil Huda?? First time saya dengar, cukup untuk buatkan saya jatuh hati dengannya. Selawat ke atas Junjugan yang kita kasihi iaitu, Rasulullah SallahhuAllaihiWassalam. Ini dia video Binnabil Huda; 


Dan ini pula terjemahannya.
Binnabil huda Ya Rasulussalam
Wayamursala rahmatan lil anam
‘Alaikassolatu wa’alaikassalam
Wasohbika wattabi’inal kirom
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Wahai utusan rahmat sekalian alam
Selawat salam pujian untukmu
Para sahabat juga tabi’in yang mulia.
Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya
Ya Mustofa Rasullallah
Ya Sanadi Ya Sayyidi
Wahai yang Terpilih, Utusan Allah
Kau sandaranku, Pemimpinku
Sollu..Sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad
Mari selawat beramai-ramai
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad dan para sahabatnya.
Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam
Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya
Ya Shafi’ie Khuz biyadi
Ya Rasullallah, Habiballah
Huwal Hadil Basyir
Wahai yg memberi syafaat ambil/pegang tanganku,
Pesuruh Allah, Kekasih Allah,
Dialah petunjuk, dialah pemberi khabar gembira.
Sollu,sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad
Mari selawat beramai-ramai,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya.
Shafi’una..shafi’una..shafi’una..shafi’una..
Wahai yg memberi syafaat,
Rasulallah..
Habiballah..
KeNabiyallah..
Sofiyallah,
Pesuruh Allah,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya

Kredit untuk ibnutoha.wordpress.com untuk terjemahan liriknya. Jakallah Khairan Kathira buat Dr Ferdaus Tahar. Juga tahniah kerana bakal mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Semoga berbahagia hingga ke Jannah. Terima kasih juga atas undangannya. In Shaa Allah, andai ada kelapangan ana akan sampai. :)

Nasyeed ni Muza dengar first time masa menonton drama Cinta dan Wahyu di TV Al-Hijrah tak berapa lama dulu. Sungguh. Mendengarkannya membuatkan diri ini bersemangat. Lebih berkeyakinan dan semacam jatuh cinta sekali lagi dengan Rasulullah! Cukup menyegarkan jiwa dan mendamaikan sanubari. Dan demi mendengarkannya saja membuatkan saya sudah mengulum senyuman dan diiringi dengan titis-titis jernih mengalir ke pipi. Aneh. Tapi itu yang saya lalui. Ini bukan rekaan. Tapi ini realiti yang saya sendiri rasai. Moga diri ini dan kita semua beroleh syafaat Baginda Rasulullah. Dan moga rindu ini terubat saat bertemu baginda andai tiba saatnya nanti. :') Allah.... indah rasa ini.

Sekian sahaja untuk kali ini. Terima kasih kerana meluangkan masa anda membaca coretan yang tak seberapa ini. Semoga kita semua beroleh manfaatnya. Dan semoga kita bertemu lagi di lain lembaran. Akhir kata, Semoga Allah Redha!

x Muza x

No comments:

Post a Comment