Saturday 2 March 2013

Sihat dan sakit

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah masih diberi pinjaman nyawa walaupun keadaan diri yang kurang sihat akhir-akhir ini. Seandainya kesakitan ini sebagai kifarah atas dosa-dosaku, aku redha Ya Allah.. Sentiasalah tetapkan hatiku supaya menjadi hambaMu yang teriman dan bertaqwa. Ammeennn..

Benarlah ada pendapat orang yang menyatakan tahap kesihatan seseorang itu mampu membuatkan diri semakin dekat denganNya. Saat kesihatan mulai susut dengan pantas kita akan mengingat mati. Mengenang dosa lantas insaf untuk terus bertaubat. Bimbang andai saat kematian menjemput tanpa sempat bertaubat kepada Allah SWT. Nauzubillah... Minta dijauhkan.

Terkadang juga waktu kita sakit ini sering kita merasa terkilan. kerana kita leka dan alpa sewaktu sihat. Waktu sakit begini barulah teringat mahu membuat sebanyak-banyak kebaikan dalam menambah amalan. Ya. Seandainya dapat kita lihat dosa dan pahala itu, akan pasti manusia tak akan mahu berhenti dari bersujud padaNya. Akan pasti ada yang lebih rela mahu mati hari ini daripada terus-terusan membuat dosa dan kemaksiatan.

Namun, Allah jualah yang lebih mengetahui segalanya. Dia tahu apa dan mana yang terbaik buat kita sebagai hambaNya. Jadi setiap peluang sementara nafas masih lagi ada, manfaatkannya sebaik mungkin. Aku juga harus mengambil ibrah atas kesihatan yang kurang ini. Semoga aku bisa menjadi hamba yang lebih baik dari masa ke semasa. Peringatan kepada diriku sendiri. Ayuh, rebut peluang mencari redhaNya selagi masih bernyawa!

No comments:

Post a Comment