Ana, aku kat sini. Sendiri berdiri
tengok matahari kat pantai ni. Dulu, kita selalu sama-sama ke sini.
Every time kalau rasa macam nak release tension dan stress, kita
pasti ke sini. Nak-nak masa first semester dulu. Kerap sangat ke
sini, sampaikan hampir setiap malam lepas waktu Maghrib je kita
datang sini. Hee the best part masa ada polis ronda kat area
playground. And that time kita hiding kat celah-celah gelongsor.
Seronoknya masa tu Ana. Masa yang sangat best dan eh tak terkatalah.
Ana, terima kasih sebab sudi jadi sahabat karib aku. Terima kasih
sebab selalu bagi semangat dan nasihat pada aku. Kita kawan sampai
bila-bila yer, dunia dan Akhirat.
Alhamdulillah, aku dah habis exam.
Another two more semesters to go. Sekejap je kan masa berlalu. Again,
I'm here and counting the 'fun' time we had together before. Ana, kau
nak tahu tak, masa kau menikah dulu, aku menangis sebab terasa
kehilangan kawan. Walaupun kita masih kawan, tapi tak sama macam
dulu-dulu. Spending time together, cooking with you in our small
kitchen and sharing the pillow talk together. Berbual macam setahun
tak jumpa setiap malam sampai both tertidur masa tengah bercakap. Dan
lagi the best moment is sharing the tears and joys together. That is
the best part in my life, having such a wonderful besties in my
life. Thanks to ALLAH for grant me with the lovely friend and sister
like you dear.
Ana, time flies by so fast. Umur kita
pun semakin meningkat, alhamdulillah after phase by phase in your
life, you'll become a mommy next year. Alhamdulillah, such a good and
the best gift ever for my birthday. Hehe, aku bakal jadi aunty!
*Takdelah something new sangat since aku memang dah lama jadi
aunty. Berderet dah anak buah!* Hehe tapi teruja. Of course lah
kan.. After Azie, Ayu, kau and incoming Feeza kawen aku rasa happy
sangat-sangat. Yelah happy tengok kawan-kawan aku happy and ada
family sendiri. Nak-nak korang dah nak ada anak pulak. Feeza pun
bakal kahwin tak lama lagi. Now, I'm really alone. Hee tertinggal
bullet train nampaknya :). Apa pun tolong-tolonglah doakan aku yer
semoga jodoh aku cepat sampai.
Korang yang aku sayangi, last few days
I chat-ing with kak Effa, hihi that mommy to be also keep counting
the months to deliver the baby. Wah.. ramai yang nak deliver the baby
on 2013. Isyhh korang ni tiba-tiba buatkan aku rasa macam tua pulak.
Since, umur macam ni still single and not married yet. Sorang, sorang
kawan-kawan aku ni kahwin dan ada family sendiri. Oh tak lupa,
yesterday kot, I've talked to Madihah. Hehe dia pun dah sarat tunggu
time nak deliver the baby jer. Nampaknya ex-rumah no 25 sedang giat
menambah umat Muhammad. Alhamdulillah.. Lepas ni doakan aku pulak
yer.. Haihh..Rindu yang tak terkata kat korang sangat-sangat.
Ana, baru-baru ni aku kemas balik kotak
misteri aku tu. Then, suddenly aku jumpa notes yang kau tulis untuk
aku. On the red paper, and you gaves me during your birthday entah tahun
bila in 2007 or 2008 kot. Seingat aku kau selit kat celah-celah buku
aku. Thanks dear for the wonderful words you've given to me. Masa
bace tu, as usual my tears dropped slowly. *biasalah aku kan
sikit-sikit menangis. Touching, cepat sangat nak!*.
The best part is kau nasihatkan aku untuk never give up. Yes, years
ago aku rasa macam nak give up. Study hard macam mana pun result
still teruk dan tak ke mana. Sedih yang teramat sangat. Entah apalah
yang tak kena. Mungkin silap aku jugak kot. *haruslah
takkan nak salahkan orang lain*
At that time, kau
tulis lebih kurang macam ni
“Never give up. Keep on put
your effort. If not being a great student right now, who knows at one
day you'll be a great person. Keep up the good work. Only ALLAH knows
the best for you”
Alhamdulillah, aku dah mula rasakan the power of your words.
Kita tak tahu ALLAH plan apa untuk kehidupan kita. Alhamdulillah
walaupun dulu aku tak seberapa, tapi sekarang semakin baik. Yela you
all kan dean list students. Tak macam aku yang dulu siap pernah repeat paper bagai. Tapi alhamdulillah, aku
dapat tebus balik during this time. Alhamdulillah merasa jugak nak
dapat dean list. :) Heee tapi bila dah post grad ni, humm orang dah
tak pandang dah kau dean list ke tak. Tapi, alhamdulillah happy tau
bila nama tepampang kat notice board. Ceh.. jangan nak riak eh. Cuma
tulah bersyukur dan happy. Alahamdulillah ALLAH bantu aku dan semakin
kuatkan aku.
Na, every time I read the notes, of course the tears is always be
a good friend to me. Tak tahulah kenapa. Oh.. so touching! I felt
lucky to have you as one of my best friends! Kau selalu buat atau
tulis sesuatu yang aku tak sangka. *Actually you are inspired me
a lot tau* Dan selalu temankan aku dalam 'sweet, sour and spicy'
time. Thank you so much Ana! Allah hantar seorang kawan yang sangat
baik macam kau untuk selalu ingatkan aku. Teringat lagi, we keep
reminding each other untuk solat, especially untuk bangun solat subuh
setiap hari. Siap kejut-kejut each other and main renjis-renjis air kat muka
lagi! ;) And keep reminding each other untuk buat benda-benda baik.
Alhamdulillah mungkin ALLAH dah set our 'jodoh' earlier tau.
Ingat lagi tak cerita kita yang tak pasal-pasal ter'involve'
dengan pertandingan Tong Garden Irama Malaysia. Masa tu umur kita 12
tahun back to 1999, aku kat Muar and kau kat Kota Tinggi. 'Miracle'
cerita kita ni kan sebab kita nyanyi lagu yang sama, lagu Awalah
Dondang *Aku menyanyi? Oh sungguh menyeramkan!*. Hehe yang
kelakarnya kita sama-sama masuk first round jer, then dah tekeluar sebab lupa lirik! *both terlupa lirik dan nyanyi lagu yang sama!*:) Haha.. boleh kan masa bercerita tu terus kami ketawa. Semuanya
kebetulan! Eh bukan, memang takdir, kami ada persamaan dari seawal 12
tahun.
Bukan setakat tu je, bila cerita-cerita, rupanya kami ni asal muar juga.
Dolu-dolu *ayat yang Ana suka guna*, Ana
duk kat Muo dengan nenek dia. Sampailah darjah 3 barulah dia duk kat
Kota Tinggi semula dengan mak ayah dia. Then masa form 4 pulak dia
masuk Sek Teknik Muo. Satu sekolah pulak dengan best friend aku kat
kampung, Anom. Hehe.. Nak di jadikan cerita seterusnya pulak, Masa
degree aku sekelas dengan cik Arifah Alkha Zubit, kawan dia jugak
masa kat Sek Teknik. Alahai, kecilnya dunia. Pusing sana pusing sini
kami berkawan among kawan-kawan yang sedia ada jugak. :)
Then, aku ingat lagi another series yang membawa aku mula kenal
siapa Ana dalam hidupku. Alkisahnya bila kau call radio ERA, nak
jawap the teka teki. Masa tu aku rasa kita form 4 kot. Aku tengah
masak time tu, then sambil dengar radio kat dapur. Dan dialog tu
lebih kurang macam ni;
“Helo.. siapa di sana?” Abang Khril (dulu dia DJ kat
ERA)
“Helo.. Hurmm Saya Farhana,” (dengan suara yang sangat
nervous)
“Farhana, dari mana ni Farhana?”
“Dari kampung Sayang”
“Oh ni mesti orang kampung awak saling sayang menyayangi
ni...”
bla...bla..bla..
Sampai setakat tu je yang aku ingat. Tapi jawapan untuk teka
teki yang kau bagi tu salah. Hehe at that time aku tengah dengar
dengan adik aku. Kitaorang cakaplah ni mesti salah jawap sebab
nervous sangat-sangat ni. dan ternyata bila kau cerita semula,
memang kau tersalah jawap sebab nervous sangat! Yang pelik lagi hairannya dalam banyak-banyak caller yang called radio, kau jugak yang aku ingat. Humm ajaib! Betahun dah, tapi still aku ingat. Maybe it was the first time dengar nama Kampung Sayang tu kot! :) *tengok!dari awal
lagi memang kita dah ada chemistry!!*
Tak sangka after SPM kita jumpa. Berkawan dan aku rasa kau
sangatlah friendly! membuatkan aku sangat rasa selesa. Yela aku
ni manja punya type. Tak pernah duk asrama dan lagi tak pernah jauh
dari family! Haa sangat contrast dengan kau yang dah biasa hidup kat
asrama. Dulu masa mula-mula sampai kat UiTM tu, aku selalu doa.
Mudah-mudahan dapat kawan yang aku selesa nak hidup sama-sama. Yang
boleh terima seadaanya aku. Masa jumpa kau, aku rasa happy sangat
dalam hati. Aku tahu aku agak susah nak get along dengan orang,
unless bila dah biasa dengan orang tu. I hope nanti jodoh aku pun
jenis yang senang nak get along sebab aku ni macam kena take times
nak suaikan diri. Hehehe..
Ana, lately ni aku memang cuma mampu terkenang semua kenangan kita.
Tu je yang aku mampu. Dalam masa yang sama aku hanya mampu doakan
yang terbaik buat kita semua. Malam birthday aku tu, aku rasa happy
sangat bila dapat call kau and bersembang macam nak apa. Almost an
hour kan. Haa sorry Isz, aku pinjam wife kau lame sikit. Yela dah
lama tak besembang dengan Ana.
Lepas je kita end sesi besembang
kita, aku terus teringat masa majlis kahwin kau. Masa kau potong kek
dengan Isz. Masa tu aku pandang je korang berdua. Standing there
watching on both of you then I pray slowly deep in my heart semoga
kalian berdua bahagia sampai ke syurga. At the same time, rasa macam
sayu hati. Sebab dah 'lost' kawan and some more, korang berdua yang
panjang jodoh. Aku dengan dia? Humm.. nampaknya ALLAH takdirkan kita
orang dengan jodoh yang lain. Masa tu ALLAH je yang tahu betapa dalam
hati aku menangis. Sedih, sebab impian dan hajat tak kesampaian. But,
slowly aku pujuk hati aku. In Shaa ALLAH ada yang lain untuk aku. ok, ini bukti aku tengah tengok korang! :)
See, aku standing kat situ sambil tengok korang, and senyap-senyap OT snap this pic! Haih.. Sabar jelah. :)Ingatkan aku tak 'terinclude' dalam snap-an dia.
In fact right now aku dah okay. Even though dia jemput aku ke
wedding dia, aku masih mampu tersenyum. Aku happy, sebab tahu dia
sedang happy dan bahagia. Lagipun aku rasa aku ambil tindakan yang
betul, memberi peluang untuk dia mencari bahagia yang sepatutnya
milik dia. Dan aku tak putus doakan yang terbaik untuk dia. :) Ana,
this is real story okay. Tapi tulah aku harap sangat dia tak
cari aku lagi. Bukan apa, aku tak nak nanti boleh timbul fitnah
nak-nak pulak kami ni pernah ada sejarah. That's why aku buat macam
ni. Nak kena jaga hati banyak pihak dan of course nak kena jaga diri
dan maruah aku. :) Apa pun semoga kita semua beroleh kejayaan dan
kebahagiaan dunia dan akhirat. Ameeenn..
Eh, tak sangka panjang betul entry kali ni yang aku buat special
untuk kau. :) Humm dan lagi, rupa-rupanya ramai kawan-kawan aku
yang lain dah mula 'step up for another stage' in their life. Okay so
yang betul-betul tak ada apa-apa lagi tinggal aku. Humm doakan semoga
dipermudahkan dan dipercepatkan jodoh aku. Kalau boleh nanti masa aku
konvo on 2014 boleh la aku bawak husband instead of bawak mak aku je
kan. Hee *berangan!* Eh, tak salah. Tu doa tu. :)
Apa pun semoga kehidupan kita semua semakin baik dan cemerlang
dari masa ke semasa. Semoga nanti ada yang datang meminang aku, hope
boleh terus kahwin je. Tak nak bercinta before marriage. Lagipun aku
rasa tak nak dah sia-sia kan usia. So, right now aku tengah prepare
the list of my new azam. Macam yang kau cakap, azam tu kalau tak
ditulis, memang susah nak tercapailah jawapnya. Bila dah tulis, then
bila baca semula, Alhamdulillah memang ada yang tercapai! Thanks for
your advice dear! :) Tersangat membantu aku! :)
Humm Makin panjang lah pulak aku membebel dan merepek nih. :) Aku kalau dan menulis susah nak stop. Haa.. Teruk betul. Tapikan,
humm this is the best therapy tau untuk aku. Boleh hilang stress
dibuatnya. By the way, kau mesti teruja kan untuk baca
tulisan-tulisan aku. As I wrote long time ago. Hee.. cerpen yang kau
pernah baca dulu tu dah hilang. How sad. Penat jugak aku menulis,
tapi sayang hilang. Aku still working on satu cerpen ni, tapi belum
siap lagi. In Shaa ALLAh by next yer siap lah kot.
Aku nak tulis memang according with the actual time. Bukan rekaan punyer. :) That's one of my new target! Okay, I think better I stop here. Kalau tak memang tak berhentilah jawapnya. Apa pun selamat melalui fasa preggy mommy. Sabar yer 3 bulan je rasa yang morning sickness tu. Hehe macamlah aku dah pernah rasa! Tapi itu apa yang kebanyakan orang cakap ;) Again semoga kita semua dalam perlindungan ALLAH S.W.T dan semoga kita semua mendapat keredhaan dariNya. In Shaa ALLAH..
Aku nak tulis memang according with the actual time. Bukan rekaan punyer. :) That's one of my new target! Okay, I think better I stop here. Kalau tak memang tak berhentilah jawapnya. Apa pun selamat melalui fasa preggy mommy. Sabar yer 3 bulan je rasa yang morning sickness tu. Hehe macamlah aku dah pernah rasa! Tapi itu apa yang kebanyakan orang cakap ;) Again semoga kita semua dalam perlindungan ALLAH S.W.T dan semoga kita semua mendapat keredhaan dariNya. In Shaa ALLAH..
Ana and me!
Loves,
:) Diari cik Muza MutiaraPuteh
sedey lak aku bace entry ko ni..huhu..
ReplyDeleteSayang.. y u nak sedih2.. Chill okay.. :)
Delete