Assalamualaikum semua.. :)
Alhamdulillah berakhir sudah September, dan selamat datang Oktober!
2012 dah nak habis, dan 2013 bakal menyusul. Cepatkan waktu berlalu? Tak sangka, dulu saya paling tak mahu fikir tentang usia yang semakin meningkat. Sebab orang kata bila makin tua, makin banyak masalah yang bakal kita tempuhi. Humm tapi nak buat macam mana, itulah kehidupan di dunia ni. Tak akan ada yang kekal. Semuanya bakal berakhir.
Okay, untuk entry kali ni saya nak sambung bercerita tentang kenangan. Kalau entry yang sebelum ni saya pernah ceritakan tentang kenangan juga, tapi menyentuh tentang bagaimana persepsi sesorang mengenai kenangan dalam kehidupannya. Sama ada mahu hidup dalam kenangan, atau menjadikan kenangan sebagai satu pengalaman dalam hidupnya.
Kebiasaannya, ramai yang kata macam ni "Tak mungkin saya dapat lupakan kenangan tu. Sebab ia adalah saat terindah dalam hidup saya."
Tapi bila kita fikir-fikirkan semula tak semua kenangan 'indah' yang kita lalui tu akan kita kenang sampai ke akhirnya. Kenapa? Saya cakap macam ni sebab ianya bergantung kepada situasi. Kalau kenangan terindah yang menggembirakan mestilah kita nak atau kita akan cuba untuk ingat dan kenangkan ia. Betul tak? Dan kalau kenangan itu agak menyakitkan atau menghampakan, kebiasaannya kita akan berusaha untuk melupakan. Humm cuba anda semua fikirkan ada kebenaran tak dengan kenyataan saya ni?
Saya rasa sebagai manusia adalah normal apabila sesetengah perkara kita dapat ingat dengan baik. Dan ada juga sesetengah perkara kita langsung tak dapat nak ingat. Jawapan yang dapat saya fikirkan saat ini adalah, ia bergantung dengan 'mind setting' kita. Macam mana kita nak buat dengan kenangan kita tuh. Sama ada kita ambil ringan, sambil lewa atau lansung tak endahkan atau tak hiraukan. Jenis yang malas nak fikir dan tak nak ingat. Cth paling mudah, girlfriend kahwin dengan orang lain. Mula-mula memang sangat frust. At the end bila si jejaka ni tadi dah kahwin dan ada anak, dia dah tak ingat dah kat girlfriend lama dia. Terhapus dah kenangan tu semua.
See, that's the reality of life. It's just a matter of time, when the time is arrived with the new interesting event, you might forgotten the old ones. Bila fikirkan semula nampak macam kejam bunyinya, tapi itulah kelaziman sebagai manusia. Bila jumpa yang sesuatu yang baru atau dapat yang lebih baik, yang lama? Terus dilupakan, dicampak macam tak pernah berlaku apa-apa pun. Seems like it's worth nothing. It's totally nonsense and it's just a wasted. Macam tak berharga, sia-sia dan macam langsung tak bermakna.
Pernah tak awak semua rasa macam tu? Sejujurnya saya pernah rasa macam tu. Terasa semuanya macam sia-sia dan membazir masa, at the end, kita yang macam tercampak kat dalam laut dan lemas sorang-sorang. Sedangkan orang lain gembira dan tak endahkan kita. So, kalau macam tu rasanya macam tak worth, tak berbaloi kalau nak rasa frust. Awak rasa frust, sedangkan orang tu gembira macam nak apa. Berbaloi ke? Dari frust macam nak apa, baik cari sesuatu yang bermanfaat. Kalau orang lupakan kita, tak apa. Kita carilah orang yang ingatkan kita. :) So don't waste your precious time for being so frustrated for those who are not appreciate you. Just get up form your long daydreams and make a move.
Prove to yourself that you worth for more. Don't simply lying lazily on your bed for crying all the night. Because you might missed something important that you might regret for the rest of your life. Never stop dream on something worth, try to find it. Even if you are unable to run for it, you might crawling for it. But the basic here is, never stop and never give up. Don't worry we still have an ample time to 'create' for our new memories. Remember, better late than never! ;)
Footnote: Happy 25th birthday to my beloved BFF, NorFarhana Othman, the bride to be on this 21st Oct. May Allah bless you and I pray all the best things in your life right here and for the here after. Wishing you happily ever after! :))
assalamualaikum..
ReplyDeleteSaya baru terjumpa blog awak..:)
best sgt2 baca entri2 awak..
Wa'alaikummussalam...
Delete:) Tq QasehQeen.. Hihi saja tulis yg entah apa-apa...Mengarut je lebih kot..Hihihi
awk pun ada blog jugak kan?
T ade mse saya ber'blog walking' kat blog awak..
Tq for ur time.. :)