Wednesday 2 May 2012

Diari Hatiku untukmu Hani..

Rabu, 2 Mei 2012..

Alhamdulillah, aku masih berpeluang untuk bernafas saat ini.

Sejak-sejak ini banyak perkara yang berlaku dengan hidupku. Alhamdulillah. Aku masih bersyukur kerana aku diberi peluang untuk diuji. Walupun ujian itu membuatkan aku menangis tersedu, tapi akan ku usahakan untuk menggagahkan diri untuk melalui semua ini.

Kisah hatiku, dilema cinta terhalang, kisah masalah keluargaku, ujian yang sedang kakakku sekeluargaku alami. Dugaan hidup yang hampir serupa untuk aku dan rakan sebilikku. Ya ALLAH.. sabarkan lah aku.

Ketika ini, hujan renyai masih turun dan belum ada tanda-tanda ia mahu berhenti.

Waktu hujan begini, aku turut merasa sedih. Entahlah. Aku memang begitu sejak kecil lagi. Bila hujan,aku akan merasa sayu dan sedih. Saat ini aku perlukan seseorang di sisi, untuk menyatakan bahawa aku tidak kesorangan. Walau ku tahu ALLAH sentiasa bersamaku, tapi hati kecilku berkata, alangkah indah jika suamiku di sisi. untuk aku sandarkan rasa hatiku dan untuk aku pinjam bahunya untk seketika.

Ternyata itu hanyalah anganku cuma. Masih belum ada rezeki untuk tertunai. Semoga ALLAH mendengar isi hatiku. Semoga Kau kurniakan seorang suami untuk ku Ya ALLAH.

Aku tidak tahu bagaimana untuk bermula tentang cerita yang mahu aku kongsikan ini. Terlalu sukar untuk aku mulakannya. Sejak akhir-akhir ini, aku dan insan sekelilingku diberikan ujian yang sangat menduga hati. Bermula dengan seorang sahabat karib ku, bakal ibu mertuanya tenat kerana breast cancer, dan telah kembali ke Rahmatullah. Sayu, saat menerima berita itu pagi khamis lepas.

Selasa, 1 Mei 2012,
Pagi, usai waktu subuh, Ayahanda tercinta teman sebilikku telah selamat kembali ke Rahmatullah. Sayu menerima berita pemergian ayahandanya. Sekali lagi aku menangis. Semoga Ain sekeluarga tabah menjalani ujian ini. Al-Fatihah buat mereka. Semoga mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Aminn..

Aku teramat mengerti akan peraasan kehilangan yang sahabat-sahabat kurasai. Kerana 10 tahun yang lalu, aku juga telah kehilangan Ayahanda ku yang tercinta. Membesar tanpa seorang ayah membuat aku ketika itu berusia 15 thaun, adikku, 12 tahun dan kakakku 17tahun, teramat mencabar. Waktu itu. aku seolah-olah hilang keyakinan diri. Menjadi pasif dalam diam. Menjadi seorang yang gemar bersendiri dan mahu hidup dalam ruang lingkup rekaan ku sendiri. Di mata kasar, aku seorang yang ceria, mudah tersenyum, hakikatnya aku tidak begitu. Senyum tawa riangku itu sekadar penghias diri, supaya mereka disekelilingku tidak bimbang akan diriku. Tapi aku tak mampu menipu diriku sendiri. Aku menjadi seorang yang penyedih sebenarnya.

Sebelah petangnya, aku ke HUKM. Mahu menziarah anak buah yang sudah ku anggap seperti anakku sendri. Nur ALiah Hani, 6tahun, seorang yang sangat manja dan sering membuatkan hati merasa tersentuh dengan setiap kata-kata dan keletahnya. Doctor mengesahkan kan Hani mengidap SLE, Systemic Lupus erythematosus.Saat melihatnya, aku terdiam. perlahan air jernih mengaburi pengilihatan. Terasa suam tubir mata melihat keadaannya. Aku hanya mampu mendoakan agar keadaannya bertambah baik. Aku bersimpati dengan kakak dan Abang iparku. Kepadaku mereka mengharapkan agar menjaga 3 lagi anak mereka. Alhamdulillah, mujur juga ada pembantu di rumah, sangat-sangat membantu kami semua.

Hani yang dahulunya ceria, lincah dan sangat baik hati, kini sedang bergelut dengan kesakitan yang tidak kami tahu bagaimana sakit yang dirasainya. Sungguh, aku lebih rela jika aku yang merasai kesakitannya itu. Tak sanggup melihat dia menangis merintih kesakitan. Ya ALLAH ringankanlah kesakitannya. Sungguh, aku tidak sanggup untuk melihatnya begitu. Aku perlu kuat saat bersama kakak dan abang iparku. Demi menyalurkan sedikit kekuatan kepada mereka. Hingga saat ini, mataku masih setia dengan linangan air mata.

Paling yang aku ingat, Hani sering sangat menanyakan bila saatnya aku akan menikah. Dia teringin melihat aku berkahwin dengan Uncle dan mahu aku menggunakan tema ungu/purple, kerana dia juga menginginkan majlis aku begitu. kerana itu warna kegemarannya, yang kebetulan sama sepert warna kegemaranku. Sayang, sihatlah, nanti boleh tengak Mak Ip kawen. Mak ip nak sangat..nak sangat-sangat Hani tengok Mak Ip kawen. Maafkan Mak Ip sebab tak dapat kawen dalam waktu terdekat. Mak Ip dah tak ada calon. Uncle tak boleh dengan Mak Ip. Kami tak berjodoh buat masa ni sayang. Maafkan Mak Ip kalau Mak Ip tak dapat fulfill impian Hani. Tapi percayalah sayang, Mak Ip terlalu sayangkan Hani.. Sayang sangat-sangat. Uncle pun kata uncle sayangkan Hani... Ya ALLAH...

Terima Kasih Uncle, sebab terus bagi Mak Ip sokongan, biarpun kisah kita terputus, Namun, persahabatan kita kerana ALLAH, masih kita teruskan. Saya tak mahu sillaturrahim ini terputus. Kita akan bersahabat hingga ke syurga. Terima kasih kerana masih mahu mengambil berat terhadap saya dan orang-orang yang saya sayangi.

Hani kusayang,
InsyaAllah nanti masa Mak Ip nak kawen, Mak Ip akan guna tema yang Hani pilih. Sihatlah sayang. Mak Ip nak Hani jadi Flower girl masa Mak Ip kawen nanti. Sayang sihat yea.. tengok Mak Ip kawen, kalau bukan dengan Uncle, dengan Uncle lain pun tak pe kan sayang..? Sayang sihat yea, Mak Ip nak sayang petikkan bunga dan bg pada Mak Ip and say that you love me too.. Please sayang. Be strong, tolong lawan sayang.. Mak Ip tahu Hani kuat. Mak Ip nak tengok Hani membesar depan mata Mak Ip.. Sayang. I miss you so much sayang.. and do love you so much..

Mak Ip akan berusaha yea Hani. dgn mendoakan semoga Hani diberi kekuatan dan semoga Allah tenangkan hati Hani untuk menerima perubahan mendadak ni sayang. Ya ALLAH selamatkanlah Hani Ya ALLAH.. Ringankanlah kesakitannya.

Fikiranku bercelaru. Runsing, sebak dan bermacam lagi. Aku tahu, ALLAH sedang berbicara tentang SABAR, SYUKUR, IKHLAS, dan REHDA denganku dan semua orang yang ada di sisiku. Namun, aku hanya manusia biasa yang lemah. Ya ALLAH berikan aku kekuatan untuk menempuhi semua ini dan berilah petunjuk kepada kami untuk melalui semua ini.

No comments:

Post a Comment