Belajar untuk sentiasa SABAR dan mendidik HATI untuk selalu berSYUKUR, IKHLAS dan REDHA
Sunday 11 March 2012
Friday 9 March 2012
CINTA TERHALANG
Setiap perkara di atas dunia ini akan dipersoalkan di Akhirat kelak. Termasuk perihal menghalang satu kebaikan semata-mata bersandarkan kepada ke duniaan dan tidak meletakkan agama sebagai tunjang utama.
Contoh situasi:
- Si anak mahu menikah kerana tuntutan agama (tak nak buat dosa sbb syubahat, menghampiri zina). Dah tiba masa. Usia dah 25 tahun dan pasangan 27tahun.
- Ibu bapa & keluarga menghalang atas alasan tak habis belajar lagi dan sebagainya (lebih kpd ke duniaan), pandang material, budi bahasa alasannya dan segala macam lagi. Tapi dlm masa yang sama memuji bahawa si pemuda tadi elok akhlaknya, baik agamanya, kelulusan yang sama (sekufu dengan anak/adiknya)
Maka sengsara lah si anak tu tadi. Dalam dilema, sbb tak sanggup nak tanggung dosa sendiri sbb blum kawen lagi. Dan tak sanggup pula melawan kata-kata ibu bapa yg mane nanti akan membuatkan hati si ibu menangis. kesannya, si anak suffered.
Fahamilah wahai ibu bapa dan keluarga, yakinlah kepada Allah. kerana Allah sahaja yang berhak kita sandarkan segalanya. Berkenaan harta, rupa, keturunan mahu pun apa sahaja tu bersifat sementara. Tapi, perihal AGAMA adalah pokok utama.
Kasihanilah si anak/adik kerana dia berusaha untuk menbuat kebaikan, bukan membuat perkara yg dilarang.
Menurut Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Mufti global, berkata bercinta itu berbahaya dan syubhat. (Beliau lebih memilih perkataan 'tidak memuji' berbanding meletakkan 'hukum' samada 'haram' atau 'makruh' dsb boleh jadi kerana beliau meraikan pendapat orang yang pelbagai terhadap maksud 'bercinta'.) (Ustazah Fatimah Syahra-blog sebarkan bahagia)
Kerana itulah anak/adik minta dinikahkan.
Jadi atas alasan apakah kita menolak sesuatu yang ternyata digalakkan dalam Islam??
Tidak takutkah nanti kerana akan dipersoalkan kerana menghalang kebaikan?? Sanggup menanggung dosa syubahat si anak/adik td?? Bagaimana pula sekiranya lamaran dari pemuda yang baik td adalah jodoh terbaik si anak/adik?? Atas daya fikiran bahawa pandangan peribadi mereka adalh terbaik krn mengambil kira segala aspek yg lebih keduniaan menjadi punca utama menolak lamaran pemuda yang baik itu, bagaimana anda fikir??
Fahamilah ibu bapa dan keluarga di luar sana. Utamakan AGAMA, Jangan terlalu memikirkan tentang pandangan masyarakat atau sebagainya.
Kasihanilah pada jiwa yang terluka dan lara itu, Yang mana ianya telah meragut sebahagian ketenangan dalam hatinya. Jangan bunuh fitrah yang telah Allah kurniakan kepada kita sebagai manusia. Iaitu perasaan cinta dan kasih.Pusing, kala memikirkan dilema yang tak berkesudahan dan menangisi sikap Ibu Bapa & keluarga yang tidak melihat perkara ini dalam konteks Islam yang sebenarnya. Yakinlah dan serahkan pada Allah. Doakan kebaikan mengiringi setiap perjalanan Anak-anak dan adik-adik anda semua.
Semoga si anak atau si adik tadi diberi kekuatan dan beroleh ilham untuk jalan keluar dari dilema mereka. Dan semoga Allah tunjukkan kebenaran kepada Ibu Bapa dan keluarga mereka. Amin.
Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkan.
WaAllahua'lam..
Saturday 3 March 2012
RUMAH IMPIAN Bab 1
Rumah Impian
Petang itu usai Solat Asar, aku mengajak Syuhadah ke pantai.
Aku katakan aku mahu mengambil angin setelah ‘berperang’ dengan test dan
assignment yang melambak sepanjang minggu ini.
Syuhadah tersenyum saat aku merungut kerana tension sebab tak
cukup tidur. Dan petang itu kami berjalan menuju pantai. Aku kagum dengan
syuhadah, nampak relax walaupun banyak test dan assignment. Dia sangat tenang.
“Syuhadah, Aina nak beli keropok lekor dulu dengan pisang
goreng. Boleh?”
Sambil tersenyum. “Boleh jugak. Dah lame kan kita tak makan
kepok lekor Pok Cik Man luar pagar U kita ni. Jgn lupa beli air sekali Aina.
Kang tercekik kita nanti. Hehe,”
“Hehe betul jgk yer.. Ada pulak nanti kepok tersengkang kat
tekak. Hihi mintak dijauhkan,” aku menokok sekadar menambah perisa ‘lawak’ si
Syuhadah nih.
Usai membeli kami menyusuri pantai. Sambil melihat-lihat
‘port’ yang sesuai untuk duduk dan makan.
Terasa lapang fikiran dan dada saat melihat keindahan pantai
ciptaan Yang Maha Esa ni. Tenang. Aku terlalu senang dan gembira saat melihat
anak-anak kecil ralit berkejaran dan bermain ombak.
Kami duduk di batang kayu yang terdampar di pantai. Mungkin
dihanyutkan ombak besar tika air pasang. Tapi Alhamdulillah, kayu itu masih
kukuh dan selamat untuk diduduki. SubhanaAllah. Aku terpana melihat keindahan
pantai dan segala pemandangan saat ini. Dari jauh ku lihat bot-bot nelayan sedang
bertebaran di dada laut demi mencari rezeki. Sesungguhnya nikmat yang Allah
kurniakan sangat hebat. Malah kicauan burung dan hembusan bayu laut sangat
menyegarkan, kerana itu aku gembira saat berada di pantai. Hilanglah rasa
gundah gulana perihal study dan yang macam-macam lagi.
Syuhadah kulihat senyap dan melayan lamunannya sendiri. Dari
ekor mataku, ku lihat sungguh jauh dia mengelamun. Seolah-olah sedang
memikirkan seseorang atau sesuatu mungkin. Entah apalah yang difikirkannya itu.
Berangan kah syuhada?? Jauh sangat dia termenung. Ku lihat
akhir-akhir ini Syuhada sedikit pendiam dari kebiasaan. Syuhadah ini pendiam orangnya. Agak sukar mahu menelah isi hatinya. Dia jarang mahu
bercerita melainkan aku menyoal dengan cara yang agak ‘selamat’. Matlamatku
hari ini bukan untuk menenangkan fikiranku. Tapi lebih kepada mahu menyelami
jiwa Syuhadah.
“Syuhadah!,” Aku menyergah.
“Ish.. Aina nie tekejut saya tau.”
“Hehe Syuhadah tu, jauh sangat termenung. Aina panggil pun
tak dengar”.
“Oh yeke.. Sorry lah Aina. Syuhadah leka sangat tengok keindahan
pantai ni. SubhanaAllah,” dia menjawab dengan jawapan yang sangat ‘selamat’.
Aku tersenyum. Menongkat dagu sambil membuang pandangan ke
lautan yang luas terbentang. “Syuhadah teringatkan seseorang kah?,” soalku.
“Tak ada lah,” Sambil mengerutkan kening.
“Kenapa Aina Tanya macam tu?” dia pula menyoalku.
“Kenapa Aina Tanya macam tu?” dia pula menyoalku.
“Tak ada apa, saja Aina teka,”
“Aina dah kenyang. Dan dah habis pun kepok. Hehe.”
“Eh. Cepatnya Aina habiskan. Syuhadah tak habis lagi ni,”
“Yelah.. orang makan, Syuhadah termenung. Macam mana nak
habis.. kan? Tak pe, Syuhadah makanlah dulu. Aina tunggu,” aku berkata sambil tersenyum tipis.
“Oh.. Okay,” jawabnya sambil tersenyum malu.
Aku dapat lihat riak muka Syuhadah sedikit berubah. Ada
peluh merintik di dahi luasnya, peluh dingin akibat cemas dengan telahanku
agaknya.Mungkin dia baru tersedar yang lamunannya tadi agak panjang. Aku
kembali mengamati keindahan petang itu. Aku terlihat beberapa orang kanak-kanak
sedang melakar sesuatu di atas pasir pantai. Aku tersenyum dan mendapat akal
untuk melakar di atas pasir. Umm tetapi mahu lukis apa ya??
Aku melihat sekelilingku. Mencari ranting kayu untuk
dijadikan ‘pensil’ untuk menulis di atas ‘kertas alam’, Pasir! Saat
terlihatkannya, aku bingkas bangun. Dan Syuhadah pantas menoleh ke arahku lalu
bertanya,
“Nak ke mana Aina?”
“Nak cari pensil untuk lukis atas kertas,” jawapku.
“Aina nak cari pensil? Nak cari kat mana? Kita tak bawa
stationery pun ke sini. Dan kertas pun kita tak ada,” Syuhadah kelihatan
bingung dan agak pelik dengan jawapanku.
Aku hanya mampu tersenyum lantas menjawab,
“Ada. Semuanya ada kat sini Syuhadah. Sekejap ya,”
Syuhadah hanya memandangku dengan penuh tanda tanya. kelihatan Syuhadah tercengang. Mungkin sedang mencerna jawapan aku tadi. Mungkit dia terkejut agaknya.
Sekembalinya aku dengan ranting kecil, kumulai lihat dia tersenyum senang.
“Oh pensil alam untuk melukis atas kertas alam?” duga
Syuhadah yang akhirnya membuatkan kami ketawa senang.
“Yup! That’s right!” ujarku dengan sisa tawa riang.
“Aina nak lukis apa?” Syuhadah kembali menyoalku tika tawa
rinag suda reda.
“Syuhadah tengok je lah nanti ye,” jawapku sambil tanganku
mulai melukis di kertas alam.
Aku ralit melukis, ke kiri, ke kanan, kejap-kejap ke atas
dan ke bawah. Syuhadah menunggu dengan penuh minat sambil tersenyum. Senang
melihat perilaku aku yang mungkin sedikit sebanyak menghiburkan hatinya.
“Tada..! Dah siap pun lukisan saya. Syuhadah, meh la tengok. Cantik tak saya lukis?,” aku berpaling ke arahnya yang berdiri di
kananku, membelakangkan Lautan China Selatan.
“Cantik! Rumah besar, kereta besar siap ada taman kat luar
rumah lagi,” tekun Syuhadah meneliti lukisan pasirku.
“Hehe.. Syuhadah, ini rumah impian saya. Saya nak rumah
besar, kereta besar dan nak konsep rumah saya modern contemporary. Tak nak
banyak sangat furniture sebab nak ruang tu luas dan mudah untuk dikemas.
Hehe..maklumlah nanti kalau dah berkerja, sure ada limited time untuk berkemas
kan? Lepas tu, saya nak ada mini library dan sebuah bilik khas untuk bilik
solat. Seronoknya kalau dapat rumah besar dan semua yang saya impikan kan?”
terangku panjang lebar sambil membayangkan rumah impianku.
Saat mendengarkan ceritaku, Syuhadah kulihat hanya mengukir
senyuman. Dan matanya merenung di dada pasir sambil mengamati lukisanku.
“Macam ada yang kurang lah Aina,” komen Syuhadah.
“Ermmm??? Apa yang kurangnya Syuhadah? Sebab taman tu tak
ada pokok bunga kah? Tak pe, saya tambah yer,” aku mencapai kembali ranting dan
melukis pokok bunga.
“Okay dah siap!,” ujarku.
“Now, it’s your turn to draw your Dream house. Rumah impian,”
Aku mengutarakan idea.
“Umm saya tak tahu nk lukis apa,” Jawab Syuhadah ringkas.
“Awak serious ni Syuhadah?” aku menyoal inginkan kepastian.
“Boleh saya komen Aina?,” pinta Syuhadah berhati-hati tanpa
menjawab soalanku tadi.
“Tentulah Syuhadah. Saya lagi suka nak dengar komen dan
pendapat awak Syuhadah,” balasku dengan bersungguh dan merenung tepat ke dalam
mata Syuhadah.
Syuhadah tidak terus menjawab, tapi masih lagi tersenyum dan
duduk di sebelah kanan lukisanku menghadap pantai. Aku hanya menuruti
perlakuannya itu dah duduk bersamanya. Sambil tersenyum dan merenung jauh ke
lautan, Syuhadah mula bersuara.
“Sejujurnya, bagi saya rasa rumah besar, kereta besar dan
lain-lain itu tidak penting,” ujar Syuhadah sambil melakar sesuatu di atas ‘kertas
alam’. Aku hanya menanti dengan penuh minat.
“Saya tidak memandang itu sebagai sesuatu yang penting.
Rumah impian itu berbeza-beza bagi setiap individu. Senang kata berbeza
mengikut cara berfikir atau taraf hidup masing-masing. Sebagai contoh, bagi si
miskin yang homeless, mungkin bagi mereka sekadar berteduh di sebuah rumah yang
kecil itu cukup. Atau mungkin dia bercita-cita besar mahukan kediaman yang
mewah, tetapi mahu mendapatkannya dengan cara mudah . Akan tetapi si miskin itu
tadi malas untuk berusaha.
Dan ada pula, si kaya yang mungkin mahu istana besar menjadi
kediaman impiannya. Atau mungkin juga si kaya mahukan kediaman yang sederhana
tapi penuh dengan bahagia. Nah. Lihatkan, perihal manusia ini tersangat berbeza
antara satu sama lain,” bicara Syuhadah panjang lebar.
“Umm.. betul. Dan ada kebenaran dengan pendapat awak tu.
Tapi, apa kaitannya dengan lukisan rumah impian saya ni?” aku menjadi semakin
ingin tahu.
“Aina, manusia di dunia ini sangat unik. Sangat berbeza
antara satu sama lain. Hebatnya kuasa ALLAH. Menciptakan sesuatu yang hampir
seriupa tetapi tak sama. Apa yang saya maksudkan ialah, pandangan tiap manusia
itu berbeza. Ada yang mahu itu, mahu ini dan bermacam lagi. Kesimpulannya tidak
semua orang mengimpikan kediaman yang serba mewah. Ada yang memilih untuk hidup
bersederhana tapi bahagia. Yelah. Untuk apa hidup mewah tetapi jiwa kosong dan
sunyi. Hati kalau kosong, lama kelamaan akan mati dengan sendirinya,” terang
Syuhadah.
“Okay. Make sense. Betul juga. Untuk apa hidup kaya raya,
tapi sunyi dan tak bahagia,” aku menerima buah fikiran Syuhadah dengan senyuman,
tanda membenarkan pendapatnya.
“Tapikan Syuhadah. Saya nak tahu apa maksud ‘rumah impian’
bagi Syuhadah?” asakku lagi
Sambil tersenyum senang Syuhadah berpaling ke arahku.
“Aina. Rumah impian saya, saya mahu sederhana. Cukup sekadar
terselamat dari bahaya, senang dan mudah untuk mendapatkan fasiliti yang
sewajarnya, macam dekat dengan sekolah, klinik, kedai runcit dan balai polis.
Sekiranya terjadi apa-apa tak lah kita susah kan. Lagi, saya memang mahukan
sebuah bilik atau mini library yang boleh dijadikan juga musolah, surau macam
yang awak impikan juga. Di ruangan itu, saya mahu solat berjemaah bersama
keluarga saya, mengaji bersama dan mahu belajar atau membaca buku bersama-sama,”
jelasnya.
“Syuhadah, detail sungguh awak ni siap sebut tentang
facilities yang perlu ada di kejiranan impian awak nanti. Saya memang kagum
dengan pandangan awak tu,” ujarku dengan senyuman.
“Hehe.. Aina, itukan basic necessary yang kita perlukan. Kalau
tak de kemudahan macam tu, nanti kalau ada emergency, kita panic dan tak tahu
harus berbuat apa,” tokok Syuhadah lagi.
“Tapi yang sebenarnya, itu semua hanya sampingan. Ada lagi
yang jauh lebih penting,” Syuhadah menambah.
Aku terpinga-pinga. “Ada lagi? Apa dia Syuhadah?” soalku
bertalu-talu.
“Bagi saya yang paling penting adalah penghuni rumah impian
itu,”
“Kejap-kejap. Maksud Syuhadah?” soalku tidak sabar.
“Maksud Syuhadah, penghuni rumah impian itu. Siapa
penghuninya? Bagi Syuhadah, Penghuni rumah itulah ‘rumah impian’ Syuhadah. Aina
pening dengan statement Syuhadah nie?” soal Syuhadah.
“A’ah. Aina kurang jelas,” Balasku.
Dengan tenang Syuhadah menruskan bicaranya.
“Bagi Syuhadah, Rumah impian Syuhadah adalah Seorang Imam untuk
kehidupan Syuhadah, iaitu seorang suami yang soleh. Syuhadah sudah punya
semuanya. Keluarga, adik beradik,sahabat-sahabat yang baik dan pelajaran yang
InsyaALLAH boleh membantu Syuhadah untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.
Cuma untuk saat ini Syuhadah belum punya suami lagi. Jadi, suami yang soleh
adalah RUMAH IMPIAN sebenar Syuhadah,” Jawab Syuhadah dengan tenang dan penuh
pengharapan.
Aku terkesima dengan bait bicara Syuhadah.
“Izinkan Syuhadah teruskan. Boleh Aina?,” Tanya Syuhadah.
Aku sekadar mengangguk tanda mengizinkan.
“Sekarang ini, itu saja yang menjadi impian Syuhadah. Rumah
impian yang Syuhadah mahukan itu, adalah rumah yang akan melindungi Syuhadah
dari segala bahaya. Tempat Syuhadah mendapatkan kasih sayang dan cinta dari
suami Syuhadah. Bukan itu saja, malah rumah impian itu juga, adalah tempat
untuk Syuhadah berbakti untuknya, menyokongnya dan menjadi pendamping setia
buat suami Syuhadah nanti. Syuhadah mahu bahagia dengan suami Syuhadah.
Syuhadah juga mahu bersama-sama mencintai Allah dalam setiap perkara yang
dilalui di Rumah Impian Syuhadah nanti. Oh, sebelum terlupa. Syuhadah juga
mahukan putera-putera dan puteri-puteri yang soleh dan solehah menemani kami nanti. Hum Syuhadah mahukan Rumah
impian yang bahagia macam Full House, cerita Korea tu,” dengan panjang lebar
Syuhadah menerangkan kepadaku sambil tersenyum manis.
“Wow! Kenapa saya tak terfikir macam yang Syuhadah fikir ya?
Aina cukup terpegun dengan cerita ‘Rumah Impian’ Syuhadah ni. Menarik!” aku
menambah.
“Tak mengapa Aina, setiap manusia di muka bumi ini ada cara
dan pandangan masing-masing tentang sesuatu perkara. Itulah keunikan kita
sebagai manusia ni,” Terang Syuhadah seakan-akan memujuk aku.
“Ermm tapi sebelum tu, boleh saya tanya sesuatu,” soalku dengan
berhati-hati.
“Akhir-akhir ni, saya tengok Syuhadah macam ada masalah.
Syuhadah suka mendiamkan diri dan suka menyendiri,” terangku lagi.
Ternyata Syuhadah terkejut dengan soalanku tadi. Air muka di
raut wajahnya sedikit berubah.
“Nampak sangat ke Aina, perubahan Syuhadah?,” soalanku
dijawab dengan soalan dari Syuhadah. Aku hanya mengangguk tanda membenarkan
kenyataannya.
Ada keluhan kecil yang keluar dari bibirnya.
“Saif. Saifuddin akan menikah lagi tiga bulan. Syuhadah dah
tak mampu meyakinkan keluarga Syuhadah tentang keikhlasan Saif untuk mengambil Syuhadah
sebagai isterinya. Aina dah tahu kan tentang kami sebelum ini. Dan nampaknya
percubaan Saifuddin tidak Berjaya untuk meyakinkan keluarga Syuhadah.” Luah Syuhadah.
MasyaAllah. Aku terkaku. Tidak kusangka begitu berat dugaan
yang ditanggung Syuhadah. Semester ini, merupakan semester terakhir kami, dan
Syuhadah pula sedang mengalami masalah yang sungguh berat. Sungguh, sebagai
sahabat dan roommatenya, aku tidak membantu dia di dalam melalui dugaannya.
“Aina??,” panggil Syuhadah.
“Ye! Maaf. Aina terkejut tadi. Syuhadah, kuat ye. Tabahkan
hatimu sahabat. Allah maha Mengetahui tentang segala sesuatu. Sabarlah. Dan Solat.
Sesungguhnya Allah sentiasa bersama oaring-orang yang sabar,” luahku sambil
menggengam erat jemari Syuhadah. Demi menyalurkan sedikit kekuatan yang aku tak
tahu cukup atau tidak untuk dirinya.
“Terima kasih Aina. Terima kasih sebab selalu ada ketika
susah dan senang bersama saya,” ucapnya lirih.
“Tak. Jangan berterima kasih dengan saya. Saya tak buat
apa-apa. Syuhadah yang kuat. Syuhadah hebat. Kerana itu Allah memberi ujian ini
kepada Syuhadah. Syuhadah mampu untuk melalui. Sabarlah sayang. Pasti akan ada yang
terbaik menantimu nanti. Aina sekadar membantu yang termampu. Kalau ada apa-apa
yang Syuhadah perlukan, Syuhadah cakap lah ye. InsyaAllah selagi mampu, Aina
akan cuba bantu,” aku meyakinkan Syuhadah.
“Tapi dalam rumah impian Syuhadah ada Saif,” lirih suaranya
saat dia berkata-kata.
“Syuhadah, Rumah Impian Syuhadah tetap ada. Tapi mungkin
Allah sedang merancang untuk memberi Syuhadah “rumah Impian’ yang jauh lebih
baik. Ingatlah Syuhadah, perancang Allah itu adalah sebaik-baik perancangan. Jangan
Bimbang. Peganglah janji Allah. Setiap lelaki yang baik, untuk perempuan yang
baik. Bukan bererti Saif tidak baik atau Syuhadah tidak baik. Tetapi, Allah
telah tetapkan jodoh yang terbaik buat Syuhadah nanti. InsyaAllah. Aina doakan
Syuhadah terus kuat dan akan mendapat jodoh yang terbaik. Amin,” terangku
bersungguh-sungguh.
“Thanks Aina. Aina memang sahabat yang baik. Thanks again,”
ujar Syuhadah.
Riak wajahnya tenang. Tiada tanda air mata mahu mengalir. Kuat
sungguh hatimu Syuhadah. Persis para Syahid yang kuat dan tidak gentar akan
musuhnya. Sesuai benar dengan namanya NUR SYUHADAH.
“Tak perlu berthanks-thanks dengan Aina. Tak de ape pun yang
Aina bantu. Jaga diri Syuhadah yer. Selalu ingat Allah dan minta padaNya.
Sungguh, Aina kagum dengan kekuatan Syuhadah,” ucapku lagi.
“Aina nak tanya ni, boleh?” aku meminta izin sekali lagi.
Syuhadah hanya mengangguk, mengiyakan.
“Aina tak nampak Syuhadah menangis. Kenapa Syuhadah?” soalku
seakan orang bodoh.
“Dah kering air mata Syuhadah, Aina. Dah tak boleh nak
memangis. Hampir empat tahun perjuangkan cinta kami, tapi ternyata perancangan
Allah itu mengatasi perancangan manusia yang serba lemah ini. Sejujurnya Aina,
menangis di hati tak siapa tahu. Cukuplah sekadar tangisan di kala solat
mahupun tika berzikir. Kadang-kadang senyuman itu sekadar perhiasan bagi
menutup rawannya hati. Dan, air mata itu bukanlah penamat suatu cerita atau
penyelesaian sebuah ujian. Menangis itu boleh, sekadar sahaja. Tapi bukan untuk
selamanya. Apa pun, Syuhadah mahu teruskan segalanya. Dan mahu bersabar dalam
menunggu Rumah Impian Syuhadah nanti,” jelasnya dengan keyakinan. Aku dapat
rasai getaran keyakinan dirinya.
Sungguh, Syuhadah yang kukenal ini memang seorang pejuang
yang hebat. Dikala ujian mendatang, dia masih tetap teguh berdiri. Menyerahkan
takdir hidupnya kepada yang maha Esa. Dulu
dia tidak sebegini. Mungkin, masa banyak mengajar dan mematangkan usianya dalam
melihat dan menangani sesuatu ujian itu.
“Sabarlah wahai sahabatku! Aku akan selalu di sisimu.
InsyaAllah,” ujarku memberi kata perangsang sambil menggenggam kemas jemari
halus itu.
“Terima kasih banyak-banyak yer Aina,” ucap Syuhadah ikhlas.
“Tak de apelah Syuhadah. Eh, dah nak mahgrib nih. Jom kita
balik,” ajakku
“Yelah. Jom. Kita singgah PI yer untuk solat. Kalau dapat
berjemaah lagi bagus,” ajak Syuhadah.
“Bagus jugak tuh. Jom. Tapikan, setahu saya, PI dah tukar
nama. Jd PH Pusat Hidayah,” aku menyambung saat kami beriringan meninggalkan
pantai.
“Sama jer. Tapi Syuhadah lebih suka PI, Pusat Islam. Macam
DSS jugak. Dewan Sri Sura yang sekarang ni dah bertukar nama menjadi Dewan
Aspirasi (DA),” teangnya lagi.
Sambil tergelak kecil aku menyahut,
“Apa-apalah Syuhadah. Janji kita sama-sama tahu apa yang
kita maksudkan tu,” balasku dengan senyuman.
Saat melangkah ke masuk ke pagar UiTM, kami mempercepatkan
langkah. Maghrib tinggal kurang dari lima minit. Alhamdulillah, sampai sahaja
di masjid yang sinonim dengan nama Pusat Islam itu, kedengaran bilal melaungkan
azan. Syahdu hatiku. Kulihat Syuhadah seakan-akan mahu menitiskan air matanya.
Ya Allah, kami datang kepadaMu.
Usai solat kami pulang ke Kolej. Masing-masing melayan
perasaan sendiri. Kami singgah di cafe sebentar untuk membeli makanan untuk
dibungkus dan pulang ke bilik. Tidak banyak bicara mengenai hati dan perasaan
ketika itu. Sekadar berbasa-basi mengenai peperiksaan akhir yang bakal menjelma
kurang sebulan lagi.
Lewat malam itu, tika Syuhadah telah lena diulit mimpi, aku
teringat kembali kata-katanya. Sayu hatiku saat teringatkan bicaranya petang
tadi. Sungguh hampir menangis aku petang tadi. Namun, aku kuatkan demi
menyalurkan sedikit kekuatan kepada Syuhadah.
“Bagi Syuhadah, Rumah
Impian Syuhadah adalah Seorang Imam untuk kehidupan Syuhadah, iaitu seorang
suami yang soleh. Syuhadah sudah punya semuanya. Keluarga, adik beradik,sahabat-sahabat
yang baik dan pelajaran yang InsyaALLAH boleh membantu Syuhadah untuk mendapatkan
pekerjaan yang lebih baik. Cuma untuk saat ini, Syuhadah belum punya suami
lagi. Jadi, suami yang soleh adalah RUMAH IMPIAN sebenar Syuhadah.”
“Sekarang ini, itu
saja yang menjadi impian Syuhadah. Rumah impian yang Syuhadah mahukan itu, adalah
rumah yang akan melindungi Syuhadah dari segala bahaya. Tempat Syuhadah
mendapatkan kasih sayang dan cinta dari suami Syuhadah. Bukan itu saja, malah
rumah impian itu juga, adalah tempat untuk Syuhadah berbakti untuknya,
menyokongnya dan menjadi pendamping setia buat suami Syuhadah nanti. Syuhadah
mahu bahagia dengan suami Syuhadah. Syuhadah juga mahu bersama-sama mencintai
Allah dalam setiap perkara yang dilalui di Rumah Impian Syuhadah nanti. Oh,
sebelum terlupa. Syuhadah juga mahukan putera-putera dan puteri-puteri yang
soleh dan solehah menemani kami nanti. Hum Syuhadah mahu Rumah impian yang bahagia
macam Full House, cerita Korea tu.”
Menitis air mataku saat mengenangkan moment di pantai petang
tadi. Ya Allah, semoga Kau pinjamkan kekuatanMu untuk menguatkan sahabatku. Dan
semoga Kau kurniakan kepada kami suami yang soleh dan zuriat yang soleh dan
solehah. Amin.
“Tapi dalam rumah impian Syuhadah ada Saif,”
Semoga kau akan terus bertabah, wahai sahabatku!
“Tapi dalam rumah impian Syuhadah ada Saif,”
Semoga kau akan terus bertabah, wahai sahabatku!
Aku menutup diariku dan mematikan lampu di meja study.
Selamat malam wahai NUR SYUHADAH BINTI RAHIM. Aku akan selalu bersamamu.
InsyaALLAH.
1.43 a.m
3/3/2012
Mutiaraputeh